sy nak kongsi sket psal assignment2 ni.. kepada y berjaya jumpa blog sy.. nah, sy share.. eheheheee...
ni subjek pendidikan seni visual .. semua sal apresiasi..
Karya diatas merupakan karya catan hasil tangan Abdullah Arrif yang bertajuk “Coconut Plantation_Dawn” yang dihasilkan pada tahun 1948, dengan menggunakan media cat air. Beliau menggunakan teknik pengolahan ruang yang berkesan, menggunakan ton warna yang mewujudkan kesan-kesan kekabusan yang dikenali sebagai perspektif atmosfera.
karya ini menggambarkan suasana waktu fajar disebuah ladang kelapa. Suasana tempatan yang indah ini digambarkan menerusi perubahan cahaya dalam ruang yang diolah melalui imej-imej pokok kelapa yang berfungsi sebagai garis-garis menegak. Kelihatan benda-benda konkrit seperti pokok-pokok kelapa dan beberapa buah rumah masyarakat Melayu bersama dengan hidupan seperti binatang peliharaan serta figura manusia. Secara analisisnya, terdapat beberapa unsur seni yang jelas kelihatan dalam karya catan ini. Antaranya ialah, garisan dan jalinan pada lukisan batang pokok kelapa serta rumpun semak-samun. Bentuk juga dapat dilihat pada pokok kelapa, figura manusia serta beberapa buah rumah yang dilukis oleh pengkarya.
Karya catan ini juga menekankan unsur-unsur seperti ruang dan warna. Ruang dalam catan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ruang hadapan, tengah dan belakang.
Pengkarya juga memperjelaskan ruang dalam melalui aplikasi perspektif warna dimana objek yang berada diruang hadapan dilukis dengan jelas dan terang berbanding objek dibahagian belakang yang diwarna semakin kabur dan tidak jelas.
Aplikasi ruang dalam dan perspektif warna yang digunakan oleh pengkarya berjaya menimbulkan ketenangan dan suasana aman dalam catan. Penggabungan kesemua unsur-unsur seni seperti bentuk, warna dan jalinan menimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam karya. Kesimpulannya, pengkarya berjaya menyampaikan mesej melalui karya yang telah diciptakannya.
Karya diatas merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh seorang pelawat berbangsa Inggeris iaitu Peter Harris yang bertajuk “Rumah rakit”(1956). Karya ini dihasilkan menggunakan media cat minyak dengan teknik gouche. Karya ini sealiran dengan aliran realistik dimana pengkarya menekankan suasana sebenar dan ianya bukannya objek.
Peter Harris merupakan seorang pengasas kepada penubuhan Wednesday Art Group (WAG), yang diasaskan pada tahun 1952. Karya diatas merupakan salah satu karya yang dihasilkan dengan menggunakan pendekatan baru dalam stail, teknik dan tema dengan menggunakan berus besar dan keras serta bahan dan teknik yang lebih tebal. Sapuan berus warna yang digunakan oleh pengkarya adalah terkawal dengan sifat gouche yang lebih tebal. Pengkarya merakamkan satu keindahan alam semula jadi yang belum dipengaruhi oleh arus pemodenan.
Dari aspek amali pula, Unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Manakala, dalam prinsip seni seperti keharmonian, imbangan dan pergerakan berjaya dihasilkan oleh pengkarya. Kesan penggunaan garisan membantu menghasilkan rupa dan bentuk imej yang digambarkan oleh pengkarya. Penggunaan warna dalam karya ini juga jarang diguna-pakai pada zaman kini. Kesan warna dalam karya ini amat baik dan cantik serta kemas. Warna yang digunakan dalam karya ini adalah warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning. Kumpulan warna ini berpadanan dengan karya beliau yang bertemakan alam semula jadi.
Jika diperhatikan dengan baik, dalam karya ini wujud satu keharmonian. Kesan pergerakan dapat kita lihat pada permukaan air dalam karya ini. Manakala, penyusunan kedudukan atau reka letak objek-objek dalam karya ini menimbulkan imbangan yang baik. Kadar banding antara imej belakang dengan imej hadapan mewujudkan ruang pemisah antara objek. Contohnya, rakit pada kedudukan yang rendah berbanding dengan pokok kayu yang membentuk ruang. Bahagian tengah pula, tebing kelihatan sederhana cerun dengan beberapa tumbuhan renek seperti pokok keladi.
Kesimpulannya, karya ini berjaya menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia pada zaman terdahulu. Disamping itu, kita dapat melihat pembangunan yang sederhana dan tidak tercemar dengan arus pembangunan yang terlalu pesat berbanding pembangunan pada era masa kini.
Lukisan ini merupakan karya seorang pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) iaitu, Mohd Hoessein Enas yang menjadikan potret dan landskap sebagai tema terpenting dalam berkarya. Lukisan ini bertajuk “Gadis Korea” menggunakan media cat minyak diatas kanvas menggunakan tema figuratif sebagai tema utama dan dihasilkan pada tahun. Seni catan potret bukan sahaja menjadi suatu kaedah merakam suasana pada masa itu malah ianya dapat merakam diri seseorang. Melalui kaedah ini juga, karya yang dihasilkan dijadikan kenangan kepada pengkarya.
Karya ini merakamkan seorang anak gadis berpakaian baju kebudayaan masyarakat Korea. Jika dilihat dari aspek paras rupa gadis tersebut, raut wajahnya mirip dengan wajah gadis-gadis masyarakat Melayu.
Pengkarya mengaplikasikan pakaian tradisional kaum di Korea keatas orang melayu pada masa tersebut. Pengolahan aspek kedudukan atau tatatertib duduk figura begitu ditekankan oleh pengkarya dengan mengambil prinsip seni reka iaitu aspek keseimbangan disamping menampilkan nilai lemah lembut dan bersopan.
Melihat kepada aspek warna, pengkarya menggunakan warna terang iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin beliau sampaikan melalui pakaian tradisioanal masyarakat korea pada masa itu. Setiap garisan-garisan yang ada pada baju tersebut disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif tersebut dalam posisi duduk supaya figuratif kelihatan hidup dan tidak kaku. Karya-karya Mohd Hossein Enas merupakan satu warisan dalam seni kerana karya-karya tersebut banyak membantu sejarawan-sejarawan seni meneruskan penyelidikan mereka terhadap perkembangan seni terutamanya di Malaysia.
Karya seumpama ini bukan sahaja mampu menggantikan peranan alatan canggih seperti kamera tetapi juga mempunyai nilai keindahan yang sangat tinggi dari segi calitan warna dan cara penyampaian figuratif utama serta perkembangan budaya dalam masyarakat yang terbilang .
APRESIASI SENI KARYA TEMPATAN SELEPAS MERDEKA.
karya ini menggambarkan suasana waktu fajar disebuah ladang kelapa. Suasana tempatan yang indah ini digambarkan menerusi perubahan cahaya dalam ruang yang diolah melalui imej-imej pokok kelapa yang berfungsi sebagai garis-garis menegak. Kelihatan benda-benda konkrit seperti pokok-pokok kelapa dan beberapa buah rumah masyarakat Melayu bersama dengan hidupan seperti binatang peliharaan serta figura manusia. Secara analisisnya, terdapat beberapa unsur seni yang jelas kelihatan dalam karya catan ini. Antaranya ialah, garisan dan jalinan pada lukisan batang pokok kelapa serta rumpun semak-samun. Bentuk juga dapat dilihat pada pokok kelapa, figura manusia serta beberapa buah rumah yang dilukis oleh pengkarya.
Karya catan ini juga menekankan unsur-unsur seperti ruang dan warna. Ruang dalam catan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ruang hadapan, tengah dan belakang.
Pengkarya juga memperjelaskan ruang dalam melalui aplikasi perspektif warna dimana objek yang berada diruang hadapan dilukis dengan jelas dan terang berbanding objek dibahagian belakang yang diwarna semakin kabur dan tidak jelas.
Aplikasi ruang dalam dan perspektif warna yang digunakan oleh pengkarya berjaya menimbulkan ketenangan dan suasana aman dalam catan. Penggabungan kesemua unsur-unsur seni seperti bentuk, warna dan jalinan menimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam karya. Kesimpulannya, pengkarya berjaya menyampaikan mesej melalui karya yang telah diciptakannya.
Dari aspek amali pula, Unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Manakala, dalam prinsip seni seperti keharmonian, imbangan dan pergerakan berjaya dihasilkan oleh pengkarya. Kesan penggunaan garisan membantu menghasilkan rupa dan bentuk imej yang digambarkan oleh pengkarya. Penggunaan warna dalam karya ini juga jarang diguna-pakai pada zaman kini. Kesan warna dalam karya ini amat baik dan cantik serta kemas. Warna yang digunakan dalam karya ini adalah warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning. Kumpulan warna ini berpadanan dengan karya beliau yang bertemakan alam semula jadi.
Jika diperhatikan dengan baik, dalam karya ini wujud satu keharmonian. Kesan pergerakan dapat kita lihat pada permukaan air dalam karya ini. Manakala, penyusunan kedudukan atau reka letak objek-objek dalam karya ini menimbulkan imbangan yang baik. Kadar banding antara imej belakang dengan imej hadapan mewujudkan ruang pemisah antara objek. Contohnya, rakit pada kedudukan yang rendah berbanding dengan pokok kayu yang membentuk ruang. Bahagian tengah pula, tebing kelihatan sederhana cerun dengan beberapa tumbuhan renek seperti pokok keladi.
Kesimpulannya, karya ini berjaya menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia pada zaman terdahulu. Disamping itu, kita dapat melihat pembangunan yang sederhana dan tidak tercemar dengan arus pembangunan yang terlalu pesat berbanding pembangunan pada era masa kini.
Pengkarya mengaplikasikan pakaian tradisional kaum di Korea keatas orang melayu pada masa tersebut. Pengolahan aspek kedudukan atau tatatertib duduk figura begitu ditekankan oleh pengkarya dengan mengambil prinsip seni reka iaitu aspek keseimbangan disamping menampilkan nilai lemah lembut dan bersopan.
Melihat kepada aspek warna, pengkarya menggunakan warna terang iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin beliau sampaikan melalui pakaian tradisioanal masyarakat korea pada masa itu. Setiap garisan-garisan yang ada pada baju tersebut disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif tersebut dalam posisi duduk supaya figuratif kelihatan hidup dan tidak kaku. Karya-karya Mohd Hossein Enas merupakan satu warisan dalam seni kerana karya-karya tersebut banyak membantu sejarawan-sejarawan seni meneruskan penyelidikan mereka terhadap perkembangan seni terutamanya di Malaysia.
Karya seumpama ini bukan sahaja mampu menggantikan peranan alatan canggih seperti kamera tetapi juga mempunyai nilai keindahan yang sangat tinggi dari segi calitan warna dan cara penyampaian figuratif utama serta perkembangan budaya dalam masyarakat yang terbilang .
Apresiasi seni karya tempatan selepas merdeka.
Nama
pelukis bagi karya diatas ialah Yeoh Jin Leng. Karya yang bertajuk “sawah padi”
ini dikaryakan pada tahun 1963 dengan menggunakan media cat minyak. Pengkarya
mengaplikasikan teknik sapuan berus tegas. Gaya atau aliran bagi karya ini
ialah sapuan berus cepat, pantas dan tegas untuk membangkitkan kesan ruang yang
mengagumkan. Penggunaan warna kuning tua, hitam dan coklat menunjukkan suasana
sawah padi yang kuning bersinar-sinar dipanah matahari. Manakala tema karya
catan ini menggambarkan landskap tempatan, pemandangan sawah padi yang panoramik
(pemandangan yang luas tanpa halangan atau gangguan) pada musim menuai.
Jika dipandang dari sudut asas seni reka, pengkarya
banyak menggunakan garisan dengan penggunaan warna. Warna yang dimaksudkan
ialah warna panas iaitu kuning. Malah, pengkarya juga menggunakan warna coklat yang
bertindak negatif dan warna hitam sebagai warna penggenap.
Melalui karya ini juga,
ruang dapat dilihat. Objek dibelakang kelihatan lebih kecil daripada ruang
hadapan. Manakala, warna yang digunakan juga menampakkan jarak antara objek
depan dan belakang. Dari sudut prinsip rekaan pula, dengan penggunaan warna
coklat dan hitam pada objek dibelakang menampakkan unsur penegasan. Karya ini
juga seimbang bahagian kanan dan kiri.
Kesimpulannya, karya ini berjaya merakamkan keindahan
suasana sawah padi yang sedang menguning serta menunjukkan budaya kampung pada
masa itu. Keindahan ini membawa kepada keadaan yang indah dan tenang.
Pengkarya catan diatas ialah Syed Ahmad Jamal
yang dihasilkan pada tahun 1959 menggunakan
media cat minyak dengan mengaplikasikan teknik sapuan berus. Beliau mengaplikasikan aliran sapuan berus tegas, ruang latar tidak mengandungi cat dan bentuk-bentuk organik. Tema karya hebat ini ialah abstrak serta watak-watak dalam peristiwanya berpusar dan berlingkar-lingkar
dan digunakan sebagi lambang. Nilai yang terdapat dalam karya ini
menggambarkan suasana yang misteri dan mujarad dalam suasana catan
yang kompleks.
Antara
asas seni reka yang terdapat dalam lukisan catan ini ialah, garisan dan warna. pengkarya banyak menggunakan
garisan dengan penggunaan berus. Garis melengkung dan halus yang dilukis oleh
pengkarya tanpa membuat latar belakangnya. Manakala warna yang digunakan ialah
warna panas dan sejuk iaitu merah dan kuning lebih banyak berbanding dengan
warna biru.
Selain
itu, pengkarya menghidupkan lagi karya ini dengan mengaplikasikan prinsip
rekaan iaitu, kesatuan serta irama dan pergerakan.
Pengkarya menggunakan berus untuk menghasilkan garisan
lengkuk yang lembut dan ini berjaya menimbulkan irama dan
pergerakan. Selain itu,objek yang
dilukis agak serupa dan banyak menghasilkan satu kesatuan.
Secara
kesimpulannya, pengkarya mampu untuk menghasilkan karya
berdasarkan imaginasi sendiri serta mereka yang melihatnya boleh
memahami mesej yang tersirat disebalik karya
agung ini.
nice share heheheh..... untunglah ada blog
ReplyDelete